![]() |
| kucing hitam yang tak berapa comel tu, wujud di alam nyata tau. |
![]() |
| Harganya mampu milik -RM9.90 semenanjung/Rm10.90sabah sarawak. |
Wahh…Sudah terbit. Akhirnya keluar juga novel comel ini untuk tatapan umum. Perasaannya? Gembira tidak terkata. Setelah berhempas pulas di hadapan laptop sehingga keyboard rosak dan laptop hampir pecah dibaling ke dinding, ‘Saya Tahu Rahsia Awak’ lahir dengan comelnya siap dengan cover pink dan berbelang seperti kuda belang di zoo negara lagaknya. Oink... Oink.. oink! Errr...ini bukan bunyi kuda belang ya. Kurang asam punya oink-oink!
Kembali kepada cerita asal, saya sangat berpuas hati dengan perjalanan ceritanya yang ringkas serta penuh dengan pergaduhan dan perang mulut antara dua budak kecik yang perasan dewasa ini. Yalah, siapa tidak seronok tengok orang bergaduh kan? Kejinya!
Cuma tidak ada babak-babak pergaduhan ganas dan aksi driff sahaja dimasukkan. Agak mengecewakan bagi penggemar aksi dan thriller kerana semua aksi pertempuran pedang dan terjun dalam api telah ditiadakan. Ini termasuklah babak ngeri membeli-belah makanan ringan dan maggi di pasaraya, juga ditiadakan demi menjaga sensitiviti ibu bapa. Syukur, kerana tidak bawa mesej negatif pada kanak-kanak rebina seluruh negara. Alhamdulillah.
Aksi baling batu tapi tak kena, ada. Cuma ianya tidak bahaya kerana teknik balingan batu tersebut cuma dilakukan dengan bantuan teknik kamera yang cekap. Terima kasih abang cameraman. Cuma pada bab ke lima dan ke enam para pembaca boleh mengimaginasikan sendiri beberapa teknik CGI yang dimasukkan. Terutama pada babak hujan lebat dan ribut, pembaca boleh masukkan dalam imaginasi masing-masing teknik CGI yang anda suka.
Pada bab ke tujuh pula, segala misteri dalam novel ini dirungkai satu persatu oleh dua budak bijak ini. Tanpa bantuan polis dan orang dewasa yang berfikiran lebih kompleks, misteri dan persoalan terjawab. Termasuklah persoalan siapa yang pergunakan kucing kesayangan Dayah untuk watak hantu? Untuk mengetahui jalan cerita novel ini yang selanjutnya, dapatkan buku ini di pasaran. http://pts.com.my/index.php/katalog/ Dapatkan yang origanal.
Akhir kata, tataplah sepuas-puasnya cover depan novel comel ini kerana ia akan membawa anda ke satu dunia penuh misteri kanak-kanak yang penuh imaginasi ganas. Oh, ada ke macam itu? Mestilah ada;)
P/S: Perasan atau tidak nama penulis itu berbeza? Nama yang betulnya MimieDamia tahu. Kalau jumpa buku yang nama KamisahMajid, itu tandanya cetak rompaklah.

