Semasa menulis buku ini, peristiwa-peristiwa zaman kanak-kanak tidak lepas dari dijadikan sebagai sumber rujukan. Yalahkan, zaman kanak-kanakkan penuh dengan rahsia. Sampaikan perkara paling ngeri dan ditakuti sekali adalah rahsia kita dipecahkan oleh kawan baik kita sendiri. Takut sangat! Padahal rahsianya bukanlah sulit mana pun. Kadang-kadang bela seekor kucing pun mahu dijadikan sebagai rahsia sulit. Ish, mengarut betul.
Sabtu lalu saya ke kedai buku, dan ‘Saya Tahu Rahsia Awak’ wujud di situ. Sedang tersenyum di celah-celahan buku-buku lain. Dihimpit-himpit buku-buku penulis popular lain, sehingga sukar mahu mengenal pasti mana satu ‘Saya Tahu Rahsia Awak’.
![]() |
| Tengok tu, gediknye dia kat rak tu..hehe |
Saya ambil masa yang lama juga sebelum menumui buku saya itu. Sehingga terfikir, mungkin sudah sold out kot...wah..tingginya angan-anganku pada waktu itu. Sedihnya kalau orang lain tak nampakkan. Cuma ada tiga buah buku ‘Saya Tahu Rahsia Awak’ di kedai itu. Saya bayangkan jumlah keseluruhan buku saya di kedai itu adalah 5 buah, jadi dua buah sudah pun dimiliki oleh seseorang. Siapakah itu?
![]() |
| Patutlah susah nak jumpa....Dalam 'ramai-ramai' buku tu, dialah yang paling slim sekali. Kiut dan nampak sungguh baik hatikan? |


No comments:
Post a Comment