Friday, February 14, 2014

Kerana Dia, Ratu Sehari

           
Kulit depannya memang ada dua jenis, pink dan hijau. Harga, isi dua-dua sama
 Sebelum tu, sila abaikan perletakan iklan aku yang pelik kat bawah tu. Okey, dalam bulan 12 hari tu, keluarlah satu novel antologi cerpen yang mana salah satu cerpennya adalah cerpen aku. 40 buah cerpen telah termuat dalam sebuah antologi yang setebal 800++ kalau tak silap aku. Jadi banyaklah penulis yang terlibat, lama baru semua ada.
            Cerpen Taufiq Buat Hidayah ni sebenarnya merupakan novel bersiri yang aku tulis dalam satu forum, oleh kerana aku ni malas sangat update aku punya novel bersiri tu, jadi ianya pun terbengkalai dan membangkai macam tu je kat dalam forum tu.
            Sebenarnya aku sayang dengan cerita ni, sebab aku dah taip banyak masa tu. Lagi satu,  entah mamat mana tah sedap-sedap je dia ambik aku punya novel bersiri yang dalam forum tu dan letak di blognya sendiri. Tanpa  kebenaran aku. Malas gaduh-gaduh aku pun mampatkan cerita tu jadi sebuah cerpen yang agak sedap iaitu Taufiq Buat Hidayah.
            Biasalah, cerita cinta kegemaran pembaca sekarang ni –benci, kawin paksa, suka, gaduh, suka, lari, cari, jumpa, dapat anak. Walaupun aku sendiri pun tahu yang tema begitu sangatlah klise, tapi aku buat. Dan cerpen ni akan aku panjangkan jadi novel. Insyaallah. Doa-doakan.  

            

Wednesday, February 12, 2014

Novel dewasa

Daku sekarang sedang menulis cerita cinta. Ceyy. Bunyi macam best jekan. Padahal nak menaip satu page pun jem bukan main lagi otak ni nak berfikir.
            Dialog wanita dewasa pun bunyi macam dialog budak perempuan menangis. Gone tu. Ingat nak la ambik contoh Ombak rindu ke, pergilah sepi ke..tapi tetap juga jadi macam karton. Geli itew nak baca tau! Macam mana orang lain nak baca nanti. Mesti muntah hijau baca babak romantik aku nanti. Kehkehkeh.
            Dah tu, nak buat macam mana buku kanak-kanak dan remaja ni pasaran tak berapa meluas. Kanak-kanak pun tak keje, duit belanja sekolah pun habis buat beli kopok & air oren je, Harapkan duit raya baik dornag beli anak patung dan kete kontrol. Macam mana nak beli buku kanak-kanak banyak-banyak.
            Jadi mama la tukang beli. Dah, tu mama pulak sibuk nak beli novel dewasa. Aku yang penulis buku kanak-kanak pun sedor la diri, yang umpama melukut sikit-skit ni. Nak la try buku dewasa pulak.
            Tapi tulah, aku geli lah cerita ni...dua kali rombak, tiga kali delete, ke nak simpan dulu....dan teruskan cerita kura-kura ajaib dan penyapu terbang tu?Boleh gitu?



Antologi cerpen. Salah satunya cerpen aku. Ni, nantilah aku cerita. 



Yang ni pun, nanti-nantilah aku cerita.