Friday, February 14, 2014

Kerana Dia, Ratu Sehari

           
Kulit depannya memang ada dua jenis, pink dan hijau. Harga, isi dua-dua sama
 Sebelum tu, sila abaikan perletakan iklan aku yang pelik kat bawah tu. Okey, dalam bulan 12 hari tu, keluarlah satu novel antologi cerpen yang mana salah satu cerpennya adalah cerpen aku. 40 buah cerpen telah termuat dalam sebuah antologi yang setebal 800++ kalau tak silap aku. Jadi banyaklah penulis yang terlibat, lama baru semua ada.
            Cerpen Taufiq Buat Hidayah ni sebenarnya merupakan novel bersiri yang aku tulis dalam satu forum, oleh kerana aku ni malas sangat update aku punya novel bersiri tu, jadi ianya pun terbengkalai dan membangkai macam tu je kat dalam forum tu.
            Sebenarnya aku sayang dengan cerita ni, sebab aku dah taip banyak masa tu. Lagi satu,  entah mamat mana tah sedap-sedap je dia ambik aku punya novel bersiri yang dalam forum tu dan letak di blognya sendiri. Tanpa  kebenaran aku. Malas gaduh-gaduh aku pun mampatkan cerita tu jadi sebuah cerpen yang agak sedap iaitu Taufiq Buat Hidayah.
            Biasalah, cerita cinta kegemaran pembaca sekarang ni –benci, kawin paksa, suka, gaduh, suka, lari, cari, jumpa, dapat anak. Walaupun aku sendiri pun tahu yang tema begitu sangatlah klise, tapi aku buat. Dan cerpen ni akan aku panjangkan jadi novel. Insyaallah. Doa-doakan.  

            

No comments:

Post a Comment